Friday, February 09, 2018

Del Serum untuk masalah kulit Berminyak

by , in

Sementara menunggu air panas masak di dapur mood untuk menulis tetiba datang so here i am typing.. 


Adakalanya saya memang mengeluh dengan kulit berminyak yang berlebih di wajah. Rasanya kalau minyak di muka ni boleh di kikis dah boleh buat telur goreng babe..! Kadang dapat rasakan yang orang dok perati muka kita bukan sebab senyuman kita yang menawan tapi kilauan minyak di muka yang buat mereka tertarik dan pikir... 
 "haiii laa minah ni kalau sentuh pp dia ni melekat dah jari ni tak lepas2x melekit..!

haaah kan dah bagi aura negatif. Itulah yang dikatakan angkara minyak muka yang berlebihan buat kita hilang keyakinan. 


Jadi kali ni sis datang dengan mencuba solusi yang dapat menyelesaikan masalah bagi mereka yang mempunyai kulit yang berminyak iaitu dengan menggunakan Serum pada wajah.. Yes Serum.! Serum ni sejenis cecair yang pekat dengan kandungan yang banyak manfaatnya apa yang sis mahu tekankan disini keutamaan kegunaan serum adalah mampu mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah dengan memberikan lembapan yang secukupnya pada kulit wajah.  yaa lah kalau kulit wajah cukup lembapan kulit kita tidak akan mengeluarkan minyak yang berlebihan.


Bukan sekadar membantu masalah kulit berminyak malah serum ini membantu menangani masalah lain juga seperti ;-

1. Mengurangkan kedutan halus dan kerosakan di wajah.
2. Mengurangkan tanda penuaan.
3. Membantu menganjalkan kembali wajah yang kendur.
4. Memberi seri pada muka yang kusam dan tak bermaya.
5. Mengurangkan masalah jerawat dan bekas jerawat.
6. Wajah kelihatan lebih halus dan berseri.

fhewwww... berjela jela kebaikan yang ada pada serum ni.. Paling best bila pakai serum ni kulit kita akan terasa lebih segar  dan menampakkan kulit wajah lebih glowing. 


Bersama saya di sebelah nak kata bukan model tapi macam model kan.. cantik dan glowing gitu.. beliau Puan Sarzielawati Samad Pengasas Produk Sis Delia juga Pengurus Del Billionare Sdn.Bhd. yang berasal dari Sabah Negeri Dibawah Bayu dengan azam dan tekad yang kuat mencari rezeki yang halal beliau berjaya mengeluarkan produk yang dipercayai keberkesanannya oleh penguna-penguna luar sana. 


Majlis Pelancaran Produk Del Billionare Sdn. Bhd. telah dibuat di Hotel Ming Garden dengan Produk mereka Sis Perapat dan Sis Delia. Puan Sarzielawati ditemani suami, keluarga dan rakan rakan seperjuangan di majlis menampakkan lagi keyakinan mereka pada produk yang dikeluarkan mampu menawan hati penguna hmm lepas ni boleh keluarkan #sistawan pula la ya.. hehhe..  


Alang-alang dah tersebut #Sisperapat  inilah dia produk yang dilancarkan Sis perapat dan Sis Delia.


Del Billionare Sdn. Bhd.
Like and Follow page FB dan Insta 
IG : sisdelia2  = Sis delia gold
IG : sisperapat  = Sis Perapat 
Fb = Sis Perapat

Sis Delia Gold Serum 
RM 90 Semenanjung 
RM 100 Sabah Serawak

Dapat kan pada Stokis dan Dropshiper yang berdaftar ya.. 
Monday, February 05, 2018

Tom Yam Udang Galah Sedap dan Murah di Sadong Jaya, Kota Kinabalu.

by , in
Sudah lama sis tercari-cari Tom Yam yang terbaik..!! asyik dapat yang errghhhh.. tak tahu mahu cakap apa.. ada Tom Yam yang banyak kuah isi mak aihh ciput..  ada pula isi ada tapi rasa tawar.! kamu dapat feel kan bila dah semangat masuk restoran dengan perut yang lapar dah siap ambik order tapi hidangan tak seperti yang diharapkan..??   


Kamu nampak kan dua ekor Udang Galah berendam keriangan menunggu di jamu dalam mangkuk besar Tom Yam i tu..?? hehheee aku dapat rasakan udang galah i ni memanggil manggil tolonglah adik manis.. jangan lah ambik selfie lagi.. makan laa aku cepat cepat... nanti aku disambar orang. #eh tiber..  


Serius saya katakan bila Tom Yam dah di hidang depan mata i is... inikah Tom Yam yang aku order tu..??  Nampak besar dan tak yakin dengan kemampuan diri sendiri menghabiskan Tom yam dalam mangkuk besar ni. So, Lucky laa pada yang kuat makan bawa pasangan yang tak kuat makan kamu boleh tolong dia habiskan.. hahaha. Memang dah jadi kegemaran sis makan Seafood lebih-lebih lagi  kalau udang.. nyummmeehh!!  Rasa Kuah Tom Yam dia pun perrghhhh tak cair dan isi yang ada dalam nya pun tak mengecewakan.. Rasa masam masam manis dia cukup cukup menyelerakan, orang disini cakap tak perlu ke Thailand cukup datang kesini makan.. Dimana..?? 


Imyati Cafe, Lot 3, D'riverside Food Court, Sadong, Kota Kinabalu. Imyati cafe ni sudah beroperasi  setahun yang lalu sejak awal Food Court Sadong ni di buka semula selepas pengubah suaian dibuat setahun yang lepas. Kalau dulu tempat ni hanya beroperasi bila malam sahaja dan kini sudah mulai beroperasi dari awal pagi hingga ke malam dan yang menariknya makan di sini sekumpulan busker akan mempersembahkan bakat mereka dengan menghiburkan para pengunjung yang datang menjamu selera di Food Court Sadong. 


Alamak kedapatan sis Order banyak..!! ( yerrlaa tekak Sis kan dah lama cari Tom Yam Sejati..so sis ceritalah )  Kalau nak tahu bukan sekadar Tom Yam yang menjadi tarikan di Imyati Cafe ni tapi ada banyak menu istimewa yang menjadi tarikan pengunjung yang datang menjamu selera di sini.. Antaranya.. 

1. Nasi Ayam berempah Padang,
2. Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang,
3. Nasi Udang Berempah,
4. Nasi Ayam Penyet,
5. Nasi Ikan Keli Berempah.
6. Mee Kolok Sarawak

Kebanyakkan menu di atas cuma RM 7.00 Sahaja. Tapi yang sis tertarik dan suka makan adalah :


Nasi Ayam Berempah Padang. Dengan kuah kari asli dan pekat di jamu dengan sayur sandwich yang segar, Ayam yang sudah siap di perap semalaman untuk mendapatkan rasa yang sedap dan aduiihaii sambal wehhh sambal..!! Memang tau tau ja Owner Imyati cafe ni kita aim aim sambal dia kan.! 


Nasi Ikan Keli Berempah | Pada sis menarik menu ikan keli ni pada rasa kuah tempoyak yang di basahkan pada nasi kosong  dan juga Sambal tu seperti biasa sayur sayuran segar juga turut dihidang sekali untuk mendapat nutrisi yang lengkap lah katakan.. dan yeahhh Sambal jangan di kasi tinggal itu juga penangan kuat pada menu.. bagi sis laa.. 

Bagi mereka yang memilih menu Nasi yang di hidangkan sambal bersama jangan bimbang kalau kamu jenis yang tidak tahan pedas sebab ada dua pilihan sambal yang kamu boleh pilih samaada sambal tomato (tidak pedas) atau sambal belacan ( Pedas -pilihan sis) hehe.

Okayhh Jadi kalau ada sesiapa yang mahu tahu dimana tempat makan yang best sedap dan murah..?? kamu boleh datang berkunjung ke sini.. 

Imyati Cafe, Lot 3, D'Riverside Food Court Sadong Jaya,
Kota Kinabalu. (Berhadapan dengan Affin Bank)

Waktu Operasi : 06.00 a.m hingga 09.00 p.m 
Isnin hingga Jumaat

Harga Menu Bermula dari RM 6.00 dan ke atas.

Visit and like page  
Instagram : imyati9135
Facebook : imyati-cafe-sadong-jaya

Thursday, December 07, 2017

"Ajari Aku" Single Irene Catalina Ost "Encik Suami Mat Salleh Celup".

by , in

Assalamualaikum..

Dan Salam Sensasi Guyss..!.


“Ajari Aku” Single Pertama Irene Catalina soundtrack “Encik Suami Mat Salleh Celup”| Kenal tak kenal dengan Irene Catalina..?? Seorang wanita yang sedikit pemalu namun siapa tahu bila beraksi di atas pentas seakan orang yang berbeza dengan persembahan beliau yang berjaya menghiburkan hadirin yang hadir di Majlis Pelancaran Album Single Pertama Beliau di Afdlins’ Comedy Planet, Great Eastern Mall Ampang.


Sis terhibur dengan Mini Showcase yang dijayakan oleh Irene Catalina sendiri sebagai tanda penghargaan beliau kepada semua pihak , rakan media, rakan-rakan perniagaan, sahabat dan keluarga dengan sokongan yang tak pernah putus kepada beliau walaupun telah lama menyepi sejak tahun 2006 lagi.


“Angles” yang di anggotai Irene Catalina sendiri serta rakan seperjuangnya Ana dan Zurina pernah bersatu menarik perhatian di seni hiburan pada tahun 2004 dan kini Irene Catalina kembali menghiburkan pengemar muzik dengan album solo beliau “Ajari aku”. Dengan lagu single ini Irene Catalina telah dicalonkan salah seorang Penyanyi baru hot 2017. Inilah yang dikatakan rezeki kemunculan semula. Waaahhhhh Tahniah Irene..!


Kemunculan beliau dengan lagu “Ajari Aku” ciptaan composer terkenal DJ Fuzz dan lirik ditulis oleh Kumpulan Viral mendapat sambutan yang hangat malah menjadi runut bunyi @ soundtrack “Encik Suami Mat Salleh Celup” alaaaa yang drama TV3 yg dibintangi Nelydia Senrose dan Daler Yusof tu.. telah mendapat sambutan hangat dan di youtube sendiri lagu yang dinyanyikan beliau sudah mencecah lebih 123 000 kali kunjungan.. ! sini Klik video dibawah untuk dengar lagu beliau..


Tapi Awas.. Kerna lagu ini Bisa buat kamu ketagih.. "Ajari aku.. 0h.. oh.. Ajari aku ,, oh..oh.. ku bisaa….. Mencintaiimu…. 

Ok laa Guyss..! Sis harap karier Irene Catalina sebagai Pemuzik di permudahkan dan rezeki yang melimpah ruah ye.. sekali gus  memikat ramai pengemar muzik di luar sana Inshallah..


X.O.X.O...
Tynie nih.
Saturday, December 02, 2017

Keistimewaan Menginap di Club Premier Rooms & Suites Di Berjaya Times Square KL.

by , in
Assalamualaikum..
Holla.!!


2 Minggu lepas sis sangat-sangatlah sibuk dan sangat lah penat. Urus itu dan ini.. call sini sana.. Makan pun macam tak makan phewwww... Do you feel me.?? Bila cek buku Diary.. OMG..!! Pukul 2 petang Pelancaran Perasmian New Club Lounge , Club Premier Rooms and Suites..! Nasib la sampai tepat pukul 2. Sebab my habit tak suka ditunggu dan menunggu lama. Jadi sis cuma bawa diri untuk ke sini dan tengok apa yang baru dan menariknya dekat sini.


Tadaaa..!!  Inilah dia bilik Club Premier Room yang sis menginap malam hari tu. Mewah ke dok..?? Dah penat berurusan sana sini balik bilik hotel.. Of course my dear penat tu beransur hilang. Memang tak hairanlah bila dah masuk bilik penat automatik hilang sebab sentuhan dekorasi Club Premier Room ni pun sememangnya cukup memberi keselesaan. 

Memang sis selesa sangat menginap disini dengan keluasan bilik 51m2, Guyss..dari tingkap bilik ni saja kamu boleh nampak pemandangan Kuala Lumpur dari Club Premier Rooms and Suites (Bilik Sis di Tingkat 20),  bilik bath tub, shower dan tandas pun berasingan .. which is memang selesa..! I is masuk bilik dah memang penat gilerr pekena dengan katil yang awwhhh memang berkualiti sangat lah tidur malam tu..!


Jap laa.. blum habis..  Ini baru Club Premier Room kalau menginap Club Premier Suites pula lagi besar  iaitu 99m2 keluasan bilik, katil king dan twin berada dalam bilik yang berasingan. Jadi kalau bercuti dengan family or whatsoever i recommend you guys pilih Club Premier Suites.


Sis tertarik dengan Handy Phone sebab kamu boleh guna Handphone ni bawalah kemana kamu suka selagi kamu masih menginap di Hotel Berjaya ni dan yeahh Unlimited call bukan sekadar dalam negara kamu juga boleh buat panggilan ke 5 buah negara tanpa di kenakan sebarang cas..! dan Of course la kamu boleh install apa-apa aplikasi yang kamu mahu gunakan, Surf Internet buat macam Handphone sendiri ye.. And yes dear.! PERCUMA..!  Menarik bukan..?


Bila dah Check in dekat Club Premier Guests sudah tentu kamu akan mendapat layanan istimewa daripada chef-chef yang berpengalaman disini rasanya kalau nak minta tips memasak pun tiada masalah kot. Selain itu juga, discount sebanyak 20% untuk bil makanan dan minuman di mana-mana restoran Hotel Berjaya Times Square KL dan cucian dobi 2 helai pakaian juga adalah PERCUMA..!!

Senang Cerita Lah kan Sis Bagi 10 Keistimewaan Club Premier Member.... 

1. Check in dan check out Anytime.! 
2. Directly Check in and Check out at the Club Lounge , 14th floor central.
3. Bersarapan pagi di Big Apple Restoran ataupun di Club Lounge daripada 6.30 am to 10.30 a.m Setiap Hari 
4. Menikmati buffet style evening Cocktails di Club Lounge  5.30 pm hingga 7.30pm.
5. Percuma membuat panggilan tempatan sekitar Klang Valley (O3)
6. Mendapat layanan Istimewa daripada Chef-chef setiap hari.
7. Sambungan Internet di bilik dan public area. ( Puas hati beb.!)
8. 20% Diskaun makanan dan minuman.
9.  1 jam penggunaan bilik mesyuarat di Club Lounge percuma.
10. Percuma 2 pieces of pressing. 


Selamat Datang ke CLUB LOUNGE. .!! yeahhh..  shhhhhhh.... sis tahu apa yang kamu pikirkan. Eksklusif, Mewah apa lagi..? F.Y.I di Club Lounge ni hanya Club guests sahaja yang boleh masuk.

Breakfast  : 6.30 a.m - 10.30 a.m
Evening Cocktails : 5.30pm - 8.00pm
Daily Operation : 5.30 a.m - 11.00pm


Urusan business dan private meeting juga tersedia untuk mereka dengan suasana yang eksklusif dan mewah dimana tetamu boleh menikmati hidangan minuman tanpa alcohol  yang terletak di tingat 14 Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur ini.


Ouh yeah.. Kalau nak masuk dalam Club Lounge ni kena berpakaian smart casual la. dan kanak-kana 12 tahun  kenalah di temani  dan dijaga oleh orang dewasa mereka sendiri.  dan yeahh.. tempat ni semestinya NO Smoking area.!


Bila ku tengah lapar dan makanan buffet sudah tersedia tinggal nak pilih je mana suka.. aaauumm..! Ini si kawan-kawan yang pilih.. Kalau sis yang tengah usaha nak diet tapi ada sedikit cheat tercelit hahhh..


Hahh.. banyak-banyak pilihan.. yang ni la pilihan hati sis.. 

Okays lahh.. Sampai sini sahaja sis Story dengan kamurang Istimewanya kalau menginap dekat Club Premier dan suites ni. 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 
Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur
Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +60 3 21178000 
Fax : +6 3 21433352
Email ; btscc@btsquarekl.com.my







Pages

My Instagram