4 Tempat Menarik WAJIB Pergi di Kuala Selangor



Kalau dah ada dekat Kuala Selangor ni tapi masih tak tahu kemana tempat yang mahu dikunjungi. Saya ada 4 tempat yang harus kamu pergi bila ada di Kuala Selangor ni.. Memang rugi ahh kalau datang jauh-jauh ke Kuala Selangor tapi tak singgah sini.. maksud saya 4 tempat yang bakal saya ceritakan disini sama kamu.


NO 1.   BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR

Kalau datang sini haiwan pertama yang kamu akan nampak adalah monyet.!! Monyet-monyet dekat sini semua jinak-jinak, jangan risau lah sebab monyet ni tak makan orang.. dia cuma nak kamu bagi dia makan jak.. 


Nampak kan monyet tu jinak. Tapi mesti kena dengan caranya.  Uncle dalam video tu penjaja yang dah lama kot menjaja dekat sana, siap dia dapat tahu nama dan umur monyet tu.Kah pakcik tu main-main kan saya.. percayakan jer laa.. 


Uncle yang menjaja dekat sini peramah tau, Nak tahu pasal sini rasanya dorang lagi tahu dari tour guide siap nama and umur monyet tu di tahu.. cayaaa laa auncle..! Terdapat ramai uncle-uncle yang datang menjaja makanan monyet disini soo... kalau nak berjinak manja-manja dengan monyet disini belikan laa pengeras untuk monyet tu.. alaa tak mahal boleh dapat serendah RM1 jak.

Dah kalah artis  monyet- monyet sini kan.. Tak kira siapa yang datang sini  memang tak akan lepas kan peluang untuk tangkap gambar swafoto tak pun tunafoto dengan haiwan yang comel dan jinak ni.. aduuuuhaii... ingat kamurang saja yang pandai posing..?? dorang pun pandai lorh.. saya pun tak ketinggalan dah siap upload dekat instagram lagi.. siap ngaku Mr. Boyfriend ku monyet kalau cari pasal.  


Di Pondok tu adalah Menara Tinjau dijadikan tempat untuk melihat anak bulan untuk menentukan tarikh jatuhnya awal bulan Ramadhan mahupun Awal Perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Dan yeah, kalau datang di Bukit Malawati ni.. bukan setakat di hiburkan dengan binatang jinak dan comel tapi sambil tu kita dapat mengetahui serba sedikit sejarah silam yang ada Kuala Selangor ni Bukit Malawati Khususnya. 


Di atas batu ni lah dijadikan tempat untuk pesalah-pesalah yang menderhaka dihukum gantung. Tinggi Batu ni kalau di ukur dengan tinggi saya yang 153cm ni cuma aras pingang tau.  Dah macam meja kan.. tinggal buat kerusi kayu buat santai-santai minum kopi. Tapi tak boleh. Ini tinggalan sejarah peribadi daerah Kuala Selangor. 


Kalau nak tahu banyak-banyak meriam yang ada dekat sini terdapat 1 meriam yang pernah di gunakan sebanyak 2 kali. So.. nak tahu which one ..? Kena datang sendiri tengok baru best.!  Tempat ni boleh tahan luas so rasanya tak lengkap perjalanan dekat Kuala Selangor ni kalau tak guna perkhidmatan kereta api kecik / tren yang di sediakan khas di kawasan Bukit Malawati ni. Cuma perlu bayar RM2 seorang. 


2. KAMPUNG KUANTAN ( KELIP-KELIP )


Jangan keliru sebab Kampung Kuantan ni just a name.. sebenarnya dia berada di kawasan daerah Kuala Selangor juga. Jadi, Di Kampung Kuantan ni lah kamu boleh datang kalau teringin menikmati suasana romantik dan indah daripada kumpulan cahaya gemerlapan dari si sang kelip-kelip. Serious cakap indah sangat. Nak bagi tahu kalau bawa dating pasangan tersayang tercinta kamu tu.. hahhh boleh datang sini.. sob.. sob.. terharu.. lebih-lebih lagi kalau masa tu bulan mengambang.. Aduhhh si Tini nak datang Lagi..!


Harga untuk naik sampan ni cuma RM 53.00 sahaja persampan boleh muatkan maximum 4 orang sahaja, muatan 4 orang satu sampan tu boleh kurang namun tidak boleh lebih dari 4 orang atas ciri-ciri keselamatan.  Dan kamu akan di bawa keliling kawasan lebih kurang 20 minit pulang balik. 


Setiap penumpang yang datang akan diberikan taklimat sebelum naik sampan. yaa laa untuk keselamatan pengunjung yang datang ke sini juga, selain wajib mengunakan jaket keselamatan pengunjung Dilarang Keras mengambil gambar dengan menaktifkan lampu suluh. Lagi pun, kalau kamu aktif kan lampu suluh tu xda gunanya.. sebab kelip-kelip tu tak kan kelihatan. Jadi jangan cuba benda yang sia-sia dan Of Course itu salah satu langkah untuk menjaga keselamatan kamu di atas air juga.


Masa datang kesini hari tu bulan penuh. Kamu akan di bawa keliling kawasan kelip-kelip. Kiri kanan pun kelip-kelip sebenarnya jadi suasana malam tu sangat romantik dan indah. Gambar yang saya ambil ni dah sampai dekat tepi jeti. Siap nak naik atas jeti dah.

3. SKY MIRROR ( Pulau Misteri)

Bila baca Sky Mirror ada dalam tentatif hari esok saya jadi pelik.. apakah tempat ni..yang saya tahu dorang cakap tempat tu sebuah Pulau Misteri @ Pantai Sasaran.. Dengar nama jak sudah woww..! kawan saya jahat dia kata surprise.. So i is ok fine.. ! Pakai baju cantik-cantik.. seluar jeans panjang babe..! Tak sabar laa.. sebab kawan kata best.. Dia kata nak mandi pun boleh juga.. Tapi i plan tak nak mandi laut...




Tempat ni lebih terkenal dengan nama Sky Mirror kerana refleksi Langit dari air laut yang sudah surut sangat sesuai dijadikan background untuk ambil gambar yang menarik..  tempat ni boleh tahan besar berada d tengah laut Selat Melaka yang seluas stadium bola..

Masa nak sampai lokasi ingat kami dah terlewat sebab tak nampak lagi pulau yang dinanti-nantikan. Syukur kami bersabar tunggu air laut surut maka di situ lah kami turun dengan semangat nak ambil gambar sambil buat gaya ala-ala model yang nak nak terbang gitu... 

Bila kami tiba di atas pulau ni bot yang kami naiki memang dah sediakan prop untuk kami lebih kreatif untuk tangkap gambar (memang memahami laa dioranga ni..) malah mereka turut sediakan perkhidmatan photograph kena pandai ahh berkepit dengan jurugambar diorang ni.. 


Beli tiket dekat sini..
Harga untuk seorang adalah RM 80.00 (dewasa) RM 60.00 (kanak-kanak)
Bot akan berangkat sekitar 8.00a.m ke 10.00 a.m dan kembali antara 12.00pm ke 2.00pm


4. Taman Alam, Kuala Selangor



Taman Alam Kuala Selangor merupakan syurga bagi pelbagai jenis flora dan fauna, kalau nak tahu ia terdiri daripada lebih 200 hektar tanah pantai di mana sebahagian besarnya adalah paya bakau .


Ekosistem bakau adalah luar biasa kerana mereka melindungi pantai, berkhidmat sebagai tempat pembiakan ikan, memberi perlindungan kepada hidupan liar yang pelbagai dan bekalan kayu. Taman Alam Kuala Selangor adalah lebih daripada sekadar pokok bakau di rawa. Taman Alam ini membentang lebih daripada 800 ekar habitat yang berbeza termasuk hutan sekunder, muara sungai berlumpur dan mudflats, dan tasik payau yang dihalang oleh haiwan lembap.

Kawasan ini juga mempunyai lebih daripada 150 spesies burung dan 100,000 burung yang ditanam, yang terdiri daripada 30 spesies, yang melintas di sini pada penghijrahan tahunan mereka. Oleh itu, menonton burung adalah salah satu aktiviti yang menarik di Taman Alam Kuala Selangor.


Ada 4 Check Point yang kamu lalu antaranya adalah Egret Trail (550 meter), Pangolin Trail (1km), Bund Pantai (1.7km) dan Langur Trail (1.1km) masing-masing selama kira-kira 30 minit, 50 minit, 2 jam dan 2.5 jam. Sebenarnya yang lama tu sebab kita jalan sambil duk perati sekeliling intai-intai burung sambil story mory dengan kawan yang ikut bersama.. Tapi sedar tak sedar semua tempat di keliling sudah.

Menara pemerhatian ada disediakan untuk pelawat. Dinasihatkan membawa teropong dan kamera dengan kamera yang canggih untuk melihat pemandangan burung dan haiwan lain yang lebih baik. Terdapat juga chalet bagi yang berminat untuk mengalami malam di hutan liar.

Waktu Operasi
Daily: 9.00am – 6.00pm

Tiket Masuk
RM4 ( Dewasa )
RM1 ( Kanak-kanak - bawah 17 tahun )
RM 2 (Warga Emas  - Atas 60 Tahun)

Dah habis cerita 4 tempat menarik ni.. 4 tempat ni ja yang sempat saya lawat. sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Kuala Selangor untuk dilawati tapi masa tidak mengizinkan but at least rasa seronok sepanjang masa berada di Kuala Selangor.

o.k laa Bye bye.. Assalamualaikum. Have Fun!
4 Tempat Menarik WAJIB Pergi di Kuala Selangor 4 Tempat Menarik WAJIB Pergi di Kuala Selangor Reviewed by I am Tini on Wednesday, October 25, 2017 Rating: 5

3 comments:

Yanty Lee said...

Menarik juga ya , macam² ada.

Elih Japahar said...

Waaahhh !

Bestnya, nanti jalan ke sini..boleh melawat tempat2 ni

Mawardi Yunus said...

wah pandainya dia melompat

Powered by Blogger.