Menarik di Karnival UPIN IPIN.

Assalamualaikum...  
dan Salam Riang.

Sabtu lalu 25 November 2017 si Tini dan kawan-kawan meluangkan masa ke Karnival Upin Ipin. Sebenarnya karnival ni sudah pun berlangsung dari kemarin lagi iaitu 24 November 2017. Saja ja mahu datang hari sabtu sudah si Kawan kerja hari jumaat dan Ahad pula hari manjakan diri di rumah. So, malam tu dah siap packing barang bermalam di rumah member jadi dapatlah gerak sama esok hari. 


Sis sebenarnya rasa teruja bila buka #karnivalUpinIpin dekat instagram dan facebook tengok ramai yang update gambar-gambar yang menarik di karnival hari jumaat tu buat sis tak sabar mahu hadirkan diri ke Karnival Upin Ipin ni. YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia turut hadir untuk merasmikan Karnival yang meriah di Serdang ni okay..Plus sis pun memang suka animasi Upin Ipin ni dah di rumah ada 7 orang budak kecik dan sudah tentulah diorang yang menguasai remote control kalau dah siaran animasi ni di tayangkan.. #SisGeramTapiTengokJuga. Cerita dia Comel okayh..! 

Jadi sis nak cerita apa yang menarik dekat Karnival Upin Ipin ni.. Seperti Gambar di atas, Karnival ni dibuka dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Hall A dan Hall C'. Bermacam-macam aktiviti yang disediakan di kedua-dua hall tersebut dimana:



Hall A menampilkan Persembahan Pentas Upin Ipin, dan di atas pentas yang luas tu lah macam-macam jenis upin-upin yang keluar untuk menghiburkan pengunjung yang datang dan di dalam Hall A ni jugalah pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan disediakan khas untuk keluarga anda manakala; (

Hall C kita panggil dewan magic ye kawan-kawan. Dimana dalam dewan ni sel-sel otak anak akan berhubung dengan melihat watak-watak animasi di dalam cerita Upin Ipin ni di jadikan dalam bentuk reality u alls lagi satu anak-anak atau adik-adik yang berminat tentang pembikinan animasi ni disinilah tempat yang sesuai untuk kamu menghadam dan ambil sedikit sebanyak ilmu dalam hall C ni. ( kalau nak pilih Sis suka masuk dalam Hall C ).

Mahu cerita pasal 'Parking kereta' pula karnival ini menyediakan 2 harga dan tempat yang berbeza bagi pengunjung yang datang mengunakan kereta ke Maeps, Serdang ni iaitu;

RM 5.00 - Sis nampak Parking ni macam jauh sikit nak jalan kaki ke dewan A dan C tapi sis nampak ada peniaga makanan yang berjualan dekat situ.. So.. its okey kalau dah penat dari dewan A dan C tu singgah  dekat situ. 

RM 15.00 - Sis dan kawan-kawan parking kereta dekat sini, walaupun kami berempat masih bujang yang comel tiada anak-anak kicik akan tetapi kemalasan telah menguasai diri daripada berjalan kaki ye pembaca sekalian. 

Masa nak ke sana ada banyak abam-abam rela jadi trafik tunjukkan jalan pada kita ye..jadi jangan risau.. kalau nk Parking RM15.00 cakap je.. saya nak Parking yg Mahal gitewww..  ehh xlah..  cakap saya nak VIP Parking baru currlassss kau jah. 

Ruangan #CeritaTiniBersamaGambar

Hall C.


Semua tahu yang Animasi Upin Ipin ni adalah terbitan daripada Les' copaque Production tapi selain Upin dan Ipin animasi 'Puteri' iaitu 5 gadis molek juga pernah tular di Kaca TV juga merupakan hasil terbitan Les' copaque Production jadi disini sedikit sebanyak mereka menunjukkan tatakerja yang dilakukan oleh kru-kru Les' copaque di Hall C ni daripada melukis di atas kertas di bentukkan ke dalam animasi, dan editing suara ehh,, nak cerita sini pun excited pula tapi serius kena datang tahun depan kalau nak tahu sedikit sebanyak pendedahan pembikinan animasi cartoon ni.


 Tengoklah guys.. bukan hanya anak-anak yang terhibur mak bapa sekali join tengok. 


Lepas sis intai-intai hadam pembikinan animasi now Les' copaque cuba  bawa pengunjung merasakan secara realiti hampir sebiji dengan apa yang ada di dalam animasi Upin Ipin contohnya Rumah Opah ni,


" Hi, Kawan-kawan saya Upin ini adik saya ipin, Jangan nakal-nakal dalam rumah kitaorang tau. Nanti Kak Ros marah kitew.." 


"kalau korang nak Stay up di rumah ni lah bilik kami, Katil single je tau, Tapi takpe kita ada bantal lebih dan selimut tidur dekat lantai lagi best ..! tapi kan mama korang tak marah ke..?


" Walaupun Kak Ros suka marah.... tapi dia lagi suka tolong opah dekat dapur masak..! Sayang Kak Ros sangat-sangat.. muaahh muaahhhh pipi kiri kanan.."


Sis pun membesar di bandar, so memng begini lah ye perasaan bila balik kampung semua benda nak pergi, nak sentuh, nak teroka.. Sel sel otak sedang berhubung lah katakan. Biar reban ayam dan tanah juga ku terokai kerana aku adalah aku.. #tetiber. #SisMengarut.


Done terjah Rumah Opah. Masuk pula ke Alam dino. Tengok lah betapa laparnya dinasor tu.. dia nak makan kepala budak dalam gambar tu.. Sis cuma sempat ambik gambar membuktikan Dinasor tu lapar..!! 


"awak yang sedang baca ni.. kite takut wakk.." Tetapi dengan Kuasa bulan yang membuatkan air pasang di laut si Tini berubah menjadi Puteri Mermaid dan  Alhamdulillah selamat dan sekarang sedang menaip buat entry. #SisMermaidMengarut


Suka tengok adik-adik ni teruja dengan robot-robot kecik ni bergerak sendiri.. Terjentik rasa nak jadi Engineer Robotic ke dek.?? 


Sis sudah cakap.. bukan hanya anak-anak yang terhibur, mak bapa juga boleh hiburkan diri. Contohnya gambar diatas.


Jangan di jolok sarang tebuan dan janganlah dikacau rumah yang berpenghuni..... kalau kamu perati sebenarnya di atas kerusi tu ada makhluk yang sedang peratikan kamu... hekhekhek ni lh bilik nenek kebayan kalau kamu mahu tahu..


Mirror mirror on the table Who is the Beauty blogger in the world.. aduiii Muncul pula Nenek nie... Memainkan perasaan betul lahh..  #SisKecewa  seram sis.. nenek tu nyanyikan lagu.. nenek-nenek si bongko tua.... sambung laa kalau kamu tahu.. penat sis taip. 


Dah enjoy kan..?? Tak habis lagi sebenarnya.. sebab wayang kulit pun ada di mainkan di hall C ni tau.. yang bestnya watak upin ipin pun ada..! Seni warisan jangan dilupakan ye..


Hall A.


Sis faham perasaan kamu ye adik kecik.. sebab sis yang dah besar panjang ni pun dah teruja. 


Bagi yang nak ambik gambar kenangan bersama keluarga dengan watak-watak Upin Ipin jangan lepaskan peluang bergambar disini macam 2 adik puteri tu ahhh.. Senyum ciked.!


Guyss..!! ini lh pentas yang sis Cakap kan tu..! Kamu nampak kan betapa meriahnya..! #FamilyFunDay.


What..!! i cant believe..! comel sungguh puteri-puteri ni.. secomel dalam watak animasi juga.. tapi Princess Rapunzel sedang buat entry ni..  kaka-kaka.. abang-abang.. si gegerl suka tu kalau dapat  duduk atas kerusi dan dilayan seperti engkaulah Permaisuri.. !


Tak nak lepaskan peluang bergambar dengan Upin Ipin..??  Masuk lah ke Dalam tu.. nak peluk kah.. cium ka upin ipin tu tak apa.. Upin Ipin tu budak juga bah tu.


Kan sis dah cakap.. ada banyak aktiviti yang disediakan.. ada hadiah pula tu.. wahhh..! 


Sis nak cia cia cia sikit.. " he : awak tunjukkan saya jalan pulang. she : tapi saya takut bila saya tunjuk awak sesat pula . he: sesat kenapa.??  she : sesat ke hati saya..??  cia.. cia.. cia.. 

okay..!!  Kalau dah penat round sini dan sana jangan risau ye.. sebab dalam dewan ni ada cafe Upin Ipin kamu boleh datang makan laah sampai bertenaga.. FYI.. Kalau bawa anak-anak im so sure that anak kamu tak mahu balik awal sebab teruja okayh..!! nak itu.. Nak Ini.. adakah anda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal..?? 

Jangan risau sebab kemudahan  seperti Tandas dan Surau yang selesa di sediakan buat pengunjung ye wahai pembaca-pembaca sekalian alam.. 

Sebenarnya teringat Adik-adik sis dikampung, kalau bawa diorang ke sini nih.. memang kena pergi pukul 10 pagi  dah depan gate pulang kalau boleh 11 malam.. peminat gitu.. Tapi sekarang diorang minat Ejen Ali lahh.. 

Aktiviti di Karnival ni dia Ala- ala Fun Fair giteww kebanyakkan  aktiviti yang dibuat di dalam berbayar SO, memang kena set bajet awal-awal la..  Harga yang tertera adalah harga Warganegara Malaysia iaitu 4 kali ganda lagi murah dari harga biasa bagi pengguna passport a.k.a bukan warganegara Malaysia. 


Jadi, Sampai disini sahaja Sis dapat ceritakan ye..Sis Nak Tidur.. serius ngantok.. 
uwaarhhhh 

k bye.!

X.O.X.O
tynie Nih.
Menarik di Karnival UPIN IPIN. Menarik di Karnival UPIN IPIN. Reviewed by I am Tini on Tuesday, November 28, 2017 Rating: 5

3 comments:

Yanty Lee said...

sis tak masuk umah hantu..ala rugi.. hehehe

Mawardi Yunus said...

mesti ramai orang kan. best kot karnival ni.

Mimin Adam said...

bestnya beb.. dah habis ehh karnival upin ipin ni ?

Powered by Blogger.