"Ajari Aku" Single Irene Catalina Ost "Encik Suami Mat Salleh Celup".


Assalamualaikum..

Dan Salam Sensasi Guyss..!.


“Ajari Aku” Single Pertama Irene Catalina soundtrack “Encik Suami Mat Salleh Celup”| Kenal tak kenal dengan Irene Catalina..?? Seorang wanita yang sedikit pemalu namun siapa tahu bila beraksi di atas pentas seakan orang yang berbeza dengan persembahan beliau yang berjaya menghiburkan hadirin yang hadir di Majlis Pelancaran Album Single Pertama Beliau di Afdlins’ Comedy Planet, Great Eastern Mall Ampang.


Sis terhibur dengan Mini Showcase yang dijayakan oleh Irene Catalina sendiri sebagai tanda penghargaan beliau kepada semua pihak , rakan media, rakan-rakan perniagaan, sahabat dan keluarga dengan sokongan yang tak pernah putus kepada beliau walaupun telah lama menyepi sejak tahun 2006 lagi.


“Angles” yang di anggotai Irene Catalina sendiri serta rakan seperjuangnya Ana dan Zurina pernah bersatu menarik perhatian di seni hiburan pada tahun 2004 dan kini Irene Catalina kembali menghiburkan pengemar muzik dengan album solo beliau “Ajari aku”. Dengan lagu single ini Irene Catalina telah dicalonkan salah seorang Penyanyi baru hot 2017. Inilah yang dikatakan rezeki kemunculan semula. Waaahhhhh Tahniah Irene..!


Kemunculan beliau dengan lagu “Ajari Aku” ciptaan composer terkenal DJ Fuzz dan lirik ditulis oleh Kumpulan Viral mendapat sambutan yang hangat malah menjadi runut bunyi @ soundtrack “Encik Suami Mat Salleh Celup” alaaaa yang drama TV3 yg dibintangi Nelydia Senrose dan Daler Yusof tu.. telah mendapat sambutan hangat dan di youtube sendiri lagu yang dinyanyikan beliau sudah mencecah lebih 123 000 kali kunjungan.. ! sini Klik video dibawah untuk dengar lagu beliau..


Tapi Awas.. Kerna lagu ini Bisa buat kamu ketagih.. "Ajari aku.. 0h.. oh.. Ajari aku ,, oh..oh.. ku bisaa….. Mencintaiimu…. 

Ok laa Guyss..! Sis harap karier Irene Catalina sebagai Pemuzik di permudahkan dan rezeki yang melimpah ruah ye.. sekali gus  memikat ramai pengemar muzik di luar sana Inshallah..


X.O.X.O...
Tynie nih.

2 comments:

Raydah said...

errrr is it weird for me to say that i dont even know her??

hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

ana nana said...

ouhhh.. dia yg nyanyi lagu tu.. ohh.. ohh ajari aku..

My Instagram